Bab Lima
ASPEK PEMBANGUNAN DALAM ISLAM
5.1 PEMBANGUNAN DALAM ISLAM DARI ASPEK EKONOMI
Ekonomi Islam merupakan ekonomi yang tidak bercanggah dengan hukum-hukum Islam. Bukannya ekonomi Islam itu nama bagi ekonomi tertentu atau ada satu bidang ekonomi khas yang namanya ekonomi kafir. Asalkan ekonomi atau cara-cara susunan ekonomi itu tidak bertentangan dengan syariat Islam, maka ianya dikira ekonomi Islam. Hal-hal yang bersangkutan dengan kehidupan manusia dan muamalah (urusan) sesama manusia adalah diberikan keluasan oleh agama, asalkan tidak melanggar batas-batas agama.
Dalam ekonomi Islam, ia mempunyai empat hipotesis. Iaitu yang pertama adalah kesepaduan antara kegiatan ekonomi dengan nilai-nilai akhlak yang mulia. Keduanya adalah keseimbangan yang adil dalam hubungan pengeluaran, penggunaan dan pengagihan. Ketiganya adalah kombinasi antara kebebasan individu, dengan pihak berkuasa. Dan keempat adalah tanggungjawab sebagai asas penentuan dasar agihan dan pemindahan sumber.
Dalam konteks sistem ekonomi di Malaysia sekarang, masih terdapat banyak institusi dan badan perdagangan dan kewangan yang bercanggah dengan hukum Islam. Dari segi amalan perdagangan contohnya Malaysia masih mengamalkan dasar usaha bebas (free enterprise) dan dengan itu membenarkan kuasa-kuasa besar menentukan harga barangan dengan sesuka hati. Sistem ini juga boleh menimbulkan eksploitasi sesama manusia.
Untuk melaksanakan sistem ekonomi Islam, beberapa langkah perlu diambil. Pertama ialah pemahaman tentang akidah. Keduanya adalah pihak pemerintah mesti memainkan peranan yang lebih aktif bagi memastikan bahawa sistem ekonomi itu berjalan dengan adil dan seimbang mengikut lunas-lunas Islam. Dan ketiganya adalah pihak pemerintah mesti berkuasa penuh dalam penetapan kewangan. Pada hari ini bank-bank perdagangan berpeluang mendapatkan wang melalui skim pinjaman wang. Dalam Islam tidak ada bayaran tambahan yang perlu dibayar selain daripada tambahan yang perlu dibayar daripada jumlah yang telah dipinjam.
Dengan kata lain riba telah diamalkan oleh sistem perbankan di negara kita. Ini adalah sama dengan urusan bank negara Barat diselaputi dengan amalan riba yang haram di sisi undang-undang Islam. Dengan pembangunan negara mengikut sistem kapitalis Barat di mana riba berlaku di dalam urusan bank dan perniagaan adalah ditegah oleh Islam. Tapi perlu ditegaskan di sini adalah pengharaman Islam terhadap pembangunan ekonomi cara Barat yang menggunakan riba tidak bermakna kita tidak boleh melakukan pembangunan dalam masyarakat. Tetapi apa ingin ditekankan adalah semua urusan tersebut mestilah mengikut lunas-lunas Islam maksudnya mestilah bebas dari amalan riba dan yang tidak diharamkan dalam Islam.
"Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba"
Surah Al-Baqarah: 275
Ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa dalam ekonomi Islam riba amat dilarang kerana ia akan mendatangkan pelbagai masalah kepada individu, masyarakat mahupun negara. Imam Razi ada menyebutkan sebab mengapa riba sangat berbahaya kepada masyarakat. Sebab yang pertama ialah riba akan menimbulkan pemerasan, penindasan dan permusuhan diantara manusia. Keduanya pula adalah ia akan menimbulkan satu golongan yang terlalu kaya yang malas, tidak produktif dan hidup menghisap darah rakyat yang rata-ratanya adalah miskin. Seterusnya ia akan meruntuhkan akhlak manusia dan rasa saling tidak hormat menghormati antara satu sama lain. Dan yang terakhir adalah riba akan mewujudkan satu golongan kreditor kecil yang menjadi kaya dan berkuasa dengan merampas harta dan wang orang-orang miskin yang ramai dan dengan kekayaan ini ia akan menguasai politik negara serta memusnahkan kesejahteraan manusia sejagat.
5.2 PEMBANGUNAN DALAM ISLAM DARI ASPEK PENDIDIKAN
Pendidikan merupakan di antara komponen terpenting di dalam pembangunan sosial. Walaupun begitu, pendidikan juga mempunyai hubungkait yang rapat dengan pembangunan keseluruhannya. Mengabaikan pendidikan bererti mengabaikan kebajikan masyarakat dan yang lebih buruk lagi ialah menjejaskan pembangunan sesebuah negara. Pentingnya pendidikan kepada pembangunan sesebuah negara ditunjukkan dengan peruntukan perbelanjaan negara yang besar pada setiap tahun untuk tujuan membangunkan sistem pendidikan yang diperlukan oleh masyarakat. Tindakan ini dianggap sebagai satu pelaburan negara yang cukup besar untuk menjamin kemajuan yang berterusan pada masa-masa akan datang. Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang maksudnya:
"Menuntut ilmu itu adalah fardu (wajib) terhadap tiap-tiap orang Islam"
Riwayat Al-Bukhari
Pendidikan mampu untuk mengeluarkan seseorang individu atau sesebuah keluarga dari belenggu kemiskinan. Semakin tinggi pendidikan yang dicapai semakin terbuka luas peluang untuk menjawat jawatan yang memberikan pulangan upah yang lumayan. Dalam konteks ini, pendidikan mempunyai kaitan langsung dengan peluang-peluang ekonomi. Namun demikian, kepentingan pendidikan tidak harus dilihat dari segi matlamat ekonomi sahaja, tetapi ianya juga berkaitan dengan melahirkan seorang manusia yang lebih beriman, bertanggungjawab, mempunyai akhlak atau moral tinggi serta lebih matang dan dengan itu dapat menguruskan kehidupan diri dan keluarganya dengan lebih sempurna.
Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Katakanlah, adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"
Surah Az Zumar: 9
"Dan ingatlah ketika Tuhan engkau berfirman kepada malaikat: Sessungguhnya aku hendak menjadikan khalifah di atas muka bumi"
Surah Al Baqarah : 30
Apabila berlakunya modenisasi ekonomi, sistem sosial sesebuah masyarakat juga turut berubah. Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"
Surah Al-Rad: 11
Di antara perubahan sistem sosial di dalam sesebuah masyarakat terutamanya institusi keluarga. Fungsi dan peranan paling asas institusi keluarga ialah pendidikan. Di zaman yang sudah jauh berubah ini, keluarga nampaknya sudah tidak mampu lagi melaksanakan peranan ini dengan berkesan kerana pelbagai sebab. Dengan itu, institusi-institusi pendidikan menjadi semakin krusial sebagai agen sosialisasi masyarakat moden. Oleh yang demikian, institusi-institusi pendidikan dalam pelbagai peringkat dan aliran perlulah juga mempunyai matlamat untuk melahirkan insan yang cemerlang di dalam kehidupannya di dunia dan di akhirat, di samping melahirkan seorang pekerja yang mahir dalam bidang masing-masing. Ini adalah bertepatan dengan Firman Allah yang maksudnya:
"Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat "
Surah Al-Mujadalah: 11
Sistem pendidikan sesebuah negara tidak diwujudkan dan dibangunkan di dalam satu vakum. Beberapa persoalan penting perlu dijawab untuk mempastikan sistem pendidikan yang dijalankan benar-benar bermakna dan berkesan. Persoalan yang paling asas perlu berbalik semula ke arah manakah pembangunan sesebuah negara hendak dituju. Jika keutamaannya kepada pembangunan ekonomi, apakah orientasi pembangunan ekonomi yang hendak dicapai? Bagaimanakah bentuk dan pola pembangunan politik dan sosial yang sesuai dengan pembangunan matlamat pembangunan ekonomi yang hendak di capai? Ternyatalah, sistem pendidikan yang efektif adalah sistem pendidikan yang dapat menghasilkan individu-individu yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk pembangunan ekonomi sesebuah negara, malah dalam masa yang sama individu yang mempunyai kefahaman politik yang jelas dan mampu menjalani cara hidup yang dikehendaki selaras dengan kehendak Islam.
Sistem pendidikan dalam konteks ini, menjalankan fungsi sosialisasi yang bersifat nasional kerana ianya melangkaui batas-batas etnik, geografi, agama dan budaya hidup. Dengan lain-lain perkataan, sesebuah sistem pendidikan tidaklah boleh dibangunkan berdasarkan satu perspektif yang sempit sahaja, tanpa dapat menghasilkan manusia politik, sosial dan agama yang cemerlang. Dalam konteks negara yang masyarakatnya terdiri dari berbilang kaum, adalah penting pendidikan digunakan sebagai satu mekanisme untuk menyatupadukan setiap lapisan masyarakat supaya dapat menghasilkan kehidupan yang lebih harmoni dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain melangkaui batasan-batasan etnik, agama, budaya dan bahasa.
Pendidikan merupakan pra-syarat kepada kemajuan kerana penyelidikan dikaitkan dengan penyebaran dan penghasilan ilmu-ilmu pengetahuan yang dapat membantu manusia membangunkan kehidupannya dengan lebih baik. Namun demikian, berdasarkan pengalaman negara-negara yang telahpun lebih dahulu maju dari segi sistem pendidikannya wujud beberapa masalah yang seolah-olah merupakan satu fenomena yang universal. Pertamanya ialah berkaitan dengan muncul satu phobia sijil atau peperiksaan di kalangan pelajar-pelajar. Ini menyebabkan fokus utama mereka dan juga penekanan ibubapa kepada pencapaian di dalam peperiksaan semata-mata tanpa memberi perhatian kepada pembinaan peribadi seseorang pelajar itu. Ukuran kejayaan seseorang pelajar itu ialah berdasarkan kepada pencapaian akademik yang cemerlang semata-mata. Natijahnya lahirlah individu-individu yang tidak seimbang disebabkan penekanan pendidikan yang juga tidak seimbang. Firman Allah Taala dalam Al-Quran, maksudnya:
"Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakan"
Surah An Najm: 39
Keduanya, fenomena penghasilan kualiti graduan yang tidak seimbang dengan keperluan pekerjaan. Masalah ini menyebabkan sesebuah negara itu mengalami kekurangan tenaga pekerja mahir di dalam bidang yang benar-benar dikehendaki oleh negara untuk program-program pembangunan. Malah, apa yang kerap berlaku ialah ramai graduan yang dihasilkan adalah terdiri dari bidang-bidang yang tidak diperlukan ataupun sudah berlebihan dari segi keperluannya.
Masalah yang ketiga, adalah penggubalan falsafah dan kurikulum yang tidak secucuk dan sesuai dengan budaya hidup dan keperluan sesebuah negara. Apabila sistem pendidikan dibangunkan di Negara-negara Dunia Ketiga, biasanya model pendidikan yang dilaksanakan merupakan cedokan dari sistem pendidikan negara-negara Barat yang mempunyai falsafah, kurikulum, penekanan dan tahap kemajuan yang berbeza sesuai dengan keperluan negara dan masyarakat mereka. Keadaan ini sudah tentu berbeza dengan keperluan dan kesesuaiannya dengan negara di luar Barat. Implikasinya, sistem pendidikan yang dilaksanakan menghasilkan warganegara yang tidak secucuk dengan nilai-nilai murni masyarakat setempat. Walaupun fungsi penting sistem pendidikan ialah sebagai agen reformasi sosial, ekonomi dan politik, tetapi reformasi itu harus sesuai dengan nilai dan budaya hidup serta acuan pembangunan di negara sendiri.
5.3 PEMBANGUNAN DALAM ISLAM DARI ASPEK PERUNDANGAN
"Barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum yang telah diturunkan Allah, mereka adalah orang-orang kafir"
Surah Al-Maidah: 47
Semua masyarakat manusia mempunyai peraturan hidup dan undangundang tersendiri. Perundangan Islam dinamakan Syariah. Syariah menggariskan peraturan hidup manusia secara individu atau kolektif. Peraturan ini mencakupi segala aspek kehidupan manusia seperti upacara keagamaan, moral, keluarga dan sebagainya. Pembangunan dalam aspek perundangan lebih menjurus kepada mencapai matlamat untuk menjadikan sesebuah negara itu mengamalkan ilmu keislaman sebagai teras pembangunan negara. Perundangan terbahagi 2 iaitu:
5.3.1 Matlamat Perundangan Islam
Matlamat utama adalah untuk mengatur hidup manusia atas asas maruf dan mengenepikan mungkar. Mungkar bererti segala macam dosa dan kejahatan yang selalunya dikecam oleh naluri manusia sebagai jahat.
"Jika kamu menghukum, putuskanlah dengan adil terhadap mereka. Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil"
Surah Al-Maidah: 42
Dalam pemerintahan Islam, keadilan datang dari hukumnya sendiri. Hukum ini tidak berat sebelah kerana Allah yang menciptakannya, maka hukum tersebut merupakan keadilan yang mutlak. Setiap anggota masyarakat berkewajipan mencegah ketidakadilan, mengingatkan pemimpin yang melakukan tindakan yang melampaui batas dan menasihati hakim ketika mereka keliru. Ini bermakna dalam Islam konsep ingat mengingati antara satu sama lain amat dititikberatkan. Firman Allah yang bermaksud:
" dan bertolong-tolonglah kamu atas kebaikan dan berbakti dan janganlah kamu tolong menolong atas dosa atau permusuhan "
Surah al-Maidah: 5
5.3.2 Perbezaan Syariah Dan Undangundang Ciptaan Manusia
Undangundang manusia merupakan peraturan yang dibentuk oleh badan yang mempunyai kuasa politik tertinggi dan padanyalah terletak kedaulatan. Ia boleh diubah mengikut kehendak majoriti atau pemerintah. Manakala Syariah yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah adalah bersifat tetap dan tidak boleh diubah oleh manusia seperti menghalalkan arak dan sebagainya. Kepatuhan manusia terhadap hukum Allah terbahagi kepada wajib, makruh dan sunat serta harus manakala larangan Allah ke atas manusia pula terbahagi kepada haram dan makruh. Pelaksanaan hukum Allah tidak terdapat pengecualian manakala undangundang manusia terdapat pengecualian contohnya terhadap raja dan pemerintah. Syariah mempunyai konsep dosa dan pahala manakalaa undangundang manusia tidak terdapat konsep tersebut.
5.4 PEMBANGUNAN KEMASYARAKATAN DALAM ISLAM
Pembangunan adalah penting dalam sesebuah negara. Pembangunan yang lengkap dalam segala aspek akan membawa kepada kehidupan sebuah negara yang sejahtera. Struktur masyarakat dalam sesebuah negara juga harus dibangunkan berlandaskan kepada syariat Islam. Pembangunan masyarakat dalam sesebuah negara khususnya merangkum dalam segala aspek seperti kerohanian, jasmani dan akal fikiran. Dalam rangka pembangunan masyarakat yang kuat lagi bersatu, Islam mengajak untuk mewujudkan keadilan yang mutlak dengan apa pun bentuknya meskipun hal itu menyentuh perkaraperkara yang sangat berat. Allah s.w.t berfirman:
"Wahai orangorang yang beriman, jadilah kamu orangorang yang benarbenar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibubapa kamu dan kaum kerabat kamu"
Surah al Nisa:135
Islam mewajibkan amar makruf dan nahi mungkar untuk menjaga keseimbangan masyarakat dan menjauhkannya dari kesesatan dan kejatuhan. Allah s.w.t berfirman:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, merekalah orang–orang yang beruntung"
( Surah Ali Imran: 104)
Islam juga sangat memberi perhatian kepada tentang pembentukan keluarga. Islam membuat peraturan yang teliti yang menjelaskan tentang hakhak dan kewajipan setiap anggotanya serta peraturan muamalat dalam hal nafkah, perkahwinan, harta benda warisan, pendidikan anakanak dan menanamkan benihbenih cinta, dan kasih sayang di antara mereka.
Ia adalah kerana, di dalam mengukuhkan institusi keluarga, penetapan tingkah laku para anggotanya merupakan pengukuhan masyarakat dan penetapan tingkahlakunya serta penyebaran nilainilai kemanusiaan dan sosial yang tinggi di antara para anggota masyarakat itu, sehinggalah jauh dari kekaburan, kesesatan dan keruntuhan moral. Kajian yang teliti bagi sistem sosial dan masyarakat Islam menempatkan kita di hadapan hakikat yang cemerlang iaitu masyarakat Islam bukanlah masyarakat yang kolot tetapi masyarakat yang terbuka. Islam tidak menegakkan hubungan sosial yang umum di atas dasar fanatik keturunan, golongan atau agama yang kolot.
Islam menyatakan bahawa semua ahli masyarakat adalah hamba Allah dan tugas untuk membangunkan masyarakat mestilah mengikut landas keislaman yang utuh tanpa terikat kepada hawa nafsu. Tiada perbezaan antara mereka dan semuanya bertanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat dan negara. Firman Allah:
"Hai sekalian manusia, bertakwalah kamu kepada Rabb kamu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu"
Surah An Nisa: 1
Hakikat sejarah menyaksikan masyarakat Islam sepanjang sejarah memiliki sifatsifat kemanusiaan. Kalau kita merenung semula sejarah peradaban umat Islam, nescaya kita akan dapati unsurunsur Islam dan tidak Islam turut sama dalam proses pembangunan masyarakat. Pada masa itu, kesempatan diberikan dengan kedudukan yang sama dengan seluruh anggota masyarakat untuk menetapkan kewujudannya dan menampakkan kepandaian dalam seluruh bidang kehidupan. Adam Mataz berkata:
"Tidak terdapat dalam perundangan Islam apa yang menutup ahli dhimmah. Maksudnya: Pintu daripada pintupintu lapangan kerja. Ini adalah kerana mereka berdiri kuat dalam industri industri yang menghasilkan keuntungan yang banyak . Mereka adalah bendaharaan, pedagang dan doktor"
Islam juga turut memberikan keutamaan terhadap kaum wanita kerana mereka juga adalah sebahagian dari masyarakat. Wanita dalam Islam tidak boleh disalahtafsirkan kerana mereka juga mempunyai keupayaan dalam membangunkan sesebuah organisasi namun mereka perlu jelas mengenai tanggungjawab khusus mereka terutamanya dalam keluarga.
Oleh itu, semua ahli masyarakat perlulah jelas dengan konsep yang diutarakan oleh Islam demi meningkat pembangunan umat khususnya. Kesimpulannya, dapat kita simpulkan bahawa terdapat beberapa elemen penting dalam pembangunan struktur sosial masyarakat iaitu :
Jika halhal ini dapat dijalankan dengan sempurna dengan dibantu oleh elemen yang lain seperti kepimpinan dan sebagainya maka proses pembangunan masyarakat menurut Islam akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan menepati ciri keislaman yang digariskan. Maka bersamasamalah kita melaksanakannya demi kebaikan masyarakat di dunia dan akhirat.