Bab Dua
KONSEP PEMBANGUNAN
DARI PERSPEKTIF ISLAM
2.1 ASAS PEMBANGUNAN DALAM ISLAM
Pembangunan dalam Islam boleh ditakrifkan sebagai menerima pembangunan asing, barat dan timur yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat dan menolak apaapa yang berbahaya berteraskan kepada nilainilai hidup Islam. Menurut Muhammad Akhir dan Hailani, dinyatakan bahawa Pembangunan dalam Islam adalah berlandaskan kepada orientasi nilai dengan perhatian untuk meningkatkan kebajikan umat Islam dari semua aspek (moral, kebendaan dan kerohanian) untuk mencapai keselamatan dan kedamaian hidup di dunia dan akhirat.
Pembangunan hendaklah ditangani secara secara bertahap dan berperingkat:
Tahap I |
|
Tahap II |
|
Menurut Rahimah Abdul Aziz, pembangunan mestilah mengandungi perkaraperkara berikut:
2.1.1 Tauhid
Konsep tauhid adalah menjelaskan hubungan sesama manusia dengan Allah. Manusia tidak boleh atau haram untuk berhubung atau berkomitmen dengan makhluk lain selain dari Allah. Kepatuhan manusia kepada Allah bolh dilihat dari tingkahlaku atau tindakan mereka mematuhi perintah Allah dan meninggalkan laranganNya dengan cara yang ikhlas dan menyeluruh. Terdapat 3 konsep pokok dalam Islam iaitu:
a) Iman
Komitmen kepada wahyu iaitu ketaatan mutlak bagi hidup berasaskan wahyu (syariah) untuk menghadapi cabaran sekitaran.
" Iman bukanlah merupakan harapan dan bukan pula perhiasan lahir; melainkan tertanam dalam hati dan dibuktikan dengan perbuatan"
Riwayat Ibn Najjar
b) Ilmu
Ilmu yang perlu dijadikan amalan ialah ilmu yang benar iaitu bukan yang meragukan dan tidak berguna kepada manusia. Ilmu yang benar ialah yang dapat memakmurkan dunia secara sebenarnya. Ada 3 sumber ilmu iaitu akal, pengalaman dan wahyu. Ilmu wahyu disampaikan kepada manusia melalui rasulrasul. Penolakan dan penerimaan ilmu wahyu mempunyai kesan dalam bentuk dosa dan pahala.
"Sesungguhnya yang takut kepada Allah dari kalangan hambanya ialah orang yang berilmu"
c) Amal
Melakukan perbuatan yang diredhai Allah. Amal ini dikenali sebagai ibadat. Apabila melakukan perbuatanperbuatan yang terkeluar dari kerangka keredhaan Allah ia dikenali sebagai fasad.
2.1.2 Rububiyyah
Konsep yang menerangkan sifat Allah. Sifat Allah adalah sebagai penguasa di alam ini. Dia yang berkuasa membuat peraturan bagi menjamin dan mengarah kehidupan manusia supaya sempurna dan sejahtera. Dia juga berkuasa untuk menjaga, mengawal. Menampung dan mengurus kehidupan makhluk ke arah kesempurnaan.
"Telah jadi nyata bahawa kerosakan di dunia (darat dan laut) disebabkan oleh perbuatan manusia ; dengan itu Allah menjadikan mereka merasa sebahagian daripada akibat perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar"
Surah Al-Rum: 41
2.1.3 Khalifah
Manusia sebagai utusan Allah di muka bumi ini. Tanggungjawab utamanya ialah sebagai pemegang amanah Allah dalam segala aspek seperti akhlak, ekonomi, politik dan sosial. Sebagai pemegang amanah, manusia tidak boleh merosakkan alam ini. Pembangunan yang hendak dijalankan adalah memberi kebaikan sepertimana yang diwahyukan oleh Allah. Oleh itu, manusia wajib mengelak dari melakukan pembangunan yang fasad iaitu pembangunan yang membawa kepada keruntuhan, kekacauan dan kezaliman.
Asas terpenting untuk melaksanakan tugas khalifah selain daripada iman ialah ilmu. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu tentang alam benda. Pengubahan kepada kedudukan ilmu tersebut beerti telahmengubah kedudukannya yang tabii dan semulajadi yang dengan sendirinya akan mengakibatkan kepincangan dan kefasadan di muka bumi ini.
"Sesungguhnya dunia ini manis dan indah, dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu wakil untuk mengurus apa yang ada padanya. Dengan itu Dia sentiasa memerhatikan bagaimana kamu menjalankan urusan itu"
Hadith Riwayat Abu Saad Al Khudri
2.1.4 Tazkiyah
Tazkiyah merupakan mekanisma utama bagi mewujudkan pembangunan termasuk pembangunan manusia. Tazkiyah melibatkan proses penyucian dinamik yang perlu dilakukan oleh setiap umat manusia sekiranya dia mahu berada dalam keadaan yang sejahtera. Manusia perlu menyucikan hubungan sama ada manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan makhluk lain di dunia. Tazkiyah ada 7 unsur penting iaitu
-Mensucikan tubuh dari kekotoran, mensucikan anggota badan dari dosa, mensucikan hati dari akhlak terkeji dan sebagainya.
-Menghambakan diri kepada Allah
-Mengingatkan Allah pada setiap masa
-Memohon kepada Allah
-Meminta keampunan dari Allah
-Memupuk semangat kesabaran
-Menghitung dan mengkritik diri
2.2 PERBEZAAN KONSEP PEMBANGUNAN
Jika diamati setiap fahaman di dunia ini mempunyai konsep yang tersendiri terhadap pembangunan ini. Bagi negara yang rata-ratanya menganuti fahaman kapatasisme, mereka lebih menitikberatkan membangun, maju dan moden. Bagi mendapatkan status negara membangun, maju atau moden sesebuah negara tersebut hendaklah mampu dan menguasai sains dan teknologi. Di samping itu juga, negara tersebut hendaklah mampu mewujudkan sektor perindustrian dan perusahaan.
Ini kerana bagi mereka melalui perindustrian dan perusahaanlah ekonmi negara akan berkembang, pembangunan bandar akan bertambah pesat, peluang-peluang pekerjaan dapat disediakan dan kemiskinan dapat dikurangkan. Selain daripada itu, pembangunan minda, tingkahlaku, politik dan fizikal serta mental juga dititikberatkan. Namun apa yang menjadi asas kepada konsep pembangunan mereka adalah ekonomi sebagai penggerak dan matlamat pembangunan.
Apa yang membezakan antara fahaman kapatalisme dengan Islam dalam konsep pembangunan adalah bagi Islam pembangunan merupakan pembangunan manusia atau pembangunan insaniah. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa pembangunan dalam Islam merangkumi tiga aspek penting iaitu pembangunan fizikal, mental dan spritual (3+1).
Selain itu jika ditelitikan daripada sudut ekonomi pula, pembangunan mengikut sistem kapitalis Barat dimana riba berlaku dalam semua urusan bank dan perniagaan adalah ditegah oleh Islam. Ini jelas difirmankan oleh Allah yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kau tidak mengerjakannya, maka ketahuilah bahawa Allah dan rasul-rasulnya akan memerangi kamu "
"Orang yang memakan riba tidak boleh berdiri (pada hari kiamat ) melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan "
Surah al-Baqarah: 275
2.3 PEMBANGUNAN ISLAM DARI PANDANGAN SARJANA ISLAM
Berikut kami telah mengumpulkan beberapa pandangan sarjana Islam terhadap pembangunan Islam yang telah kami petik dari beberapa buah buku.
Imam Al-Ghazali mentakrifkan pembangunan dengan pemahaman yang dinamik dan mendalam tentang epistemologi Islam, perlakuan sosial yang penuh beradab, pendidikan yang memberi penekanan kepada kepentingan dunia dan akhirat serta cara hidup Islam yang menyeluruh yang merupakan teras pembangunan peradaban Islam. Terdapat dua perkara pokok dalam pembangunan Islam iaitu kekuatan intelektual dan kekuatan taharah.
Manakala Abu Ala Al- Maududi yang merupakan pendakwah yang dilahirkan di Hyderabad, Decca, India ini menyatakan bahawa pembangunan membabitkan langkah langkah iaitu:
Sayid Sabiq adalah pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin. Beliau menyatakan bahawa perlu ada 7 kekuatan pada orang Islam jika hendak membangun iaitu: