PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Bagi sesebuah projek yang hendak dilaksanakan, adalah perlu untuk melibatkan pihak-pihak tertentu di dalam menjayakannya. Pihak-pihak tersebut seharusnya berganding nahu untuk memastikan bahawa projek tersebut berjalan mengikut apa yang telah dirancangkan sejak pelan kasar dahulu.
Di dalam konteks peranan pihak berkuasa untuk sesebuah projek, ia terbahagi kepada beberapa sektor atau jabatan di mana kebiasaannya pihak berkuasa tempatan akan memegang dan memainkan peranan yang terpenting di dalam memastikan piawaian projek mengikut apa yang sepatutnya.
Tujuan sebenarnya adalah untuk meastikan bahawa projek adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan selamat sama ada semasa projek berjalan serta untuk didiami. Secara kasarnya, tugas pihak-pihak berkuasa adalah lebih kepada;
a ) meluluskan permohonan untuk mendirikan bangunan
b ) meluluskan pelan bangunan terbabit
c ) mengeluarkan Perakuan Kelayakan Menduduki ( CFO )
Kebiasaannya, pihak-pihak yang terlibat ( selain pihak berkuasa tempatan ) untuk meluluskan dan menyokong perakuan berkenaan adalah sepertimana berikut;
1. Jabatan Bomba
· memastikan adanya perkakas yang perlu ada seperti pili bomba, sistem semburan automatik dan laluan kecemasan.
2. Jabatan Bekalan Air
· memastikan sistem bekalan air, tangki air dan rezab laluan paip air adalah mengikut piawaian.
3. Jabatan Kerja Raya
· binaan struktur hendaklah mengikut syarat kelulusan.
· pelan susunatur projek adalah bersesuaian
· memastikan rezab tangki air, penyediaan parit yang cukup besar berfungsi dengan baik.
4. Jabatan Parit dan Saliran
· memastikan sistem paip dan saliran adalah mengikut pelan yang telah diluluskan.
5. Tenaga Nasional Berhad
· memeriksa kesempurnaan sistem bekalan tenaga ke bangunan.
6. Jabatan Kesihatan
Mengikut apa yang acapkali dipraktikkan di dalam industri binaan, peranan pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Bomba adalah amat diberatkan walau pun jabatan-jabatan yang lain juga mempunyai agendanya yang tersendiri bagi memastikan keperluan projek adalah mengikut piawaian. Oleh yang demikian, untuk bahagian peranan pihak-pihak berkuasa, peranan pihak berkuasa tempatan dan pihak bomba akan ditikberatkan dan diberikan penumpuan.
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Di dalam konteks ini, kebiasaannya pihak yang berkaitan adalah merupakan salah satu nadi kerajaan di dalam melancarkan urusan tidak kira samada ia melibatkan hal-hal hartanah, pembinaan dan sebagainya. Walau bagaimana pun, untuk kesesuaian topik perbincangan, perbincangan mengenai peranan di dalam konteks pembinaan akan dibincangkan dengan lebih mendalam.
Terdapat pelbagai bidang tugas yang menjadi tanggungjawab pihak berkuasa tempatan di dalam memastikan prosedur kontrak adalah mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Di antara bidang tugas tersebut adalah :
1. Meluluskan pelan
· pelan-pelan yang sudah disiapkan oleh pihak arkitek hendaklah didepositkan di pejabat pihak berkuasa dengan yuran tertentu.
· tujuan bangunan itu didirikan hendaklah dinyatakan sekali.
· pelan-pelan tersebut hendaklah mengandungi ;
a ) pelan tapak ( tapak lot, jalan masuk ke tapak, skel, aras tanah dsbg. )
b ) pelan lantai ( dimensi berangka, garisan saliran )
c ) muka keratan ( aras tanah, aras jalan, tinggi tingkat, saiz )
d ) tampak hadapan, belakang dan sisi
2. Kuasa Untuk Menolak Pelan Struktur
· pihak berkuasa tempatan boleh memeriksa mana-mana pelan struktur dan boleh menolak mana-mana pelan yang tidak mengikut piawaian yang tercatat di dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam.
· pihak berkuasa tempatan juga boleh mengarahkan pihak yang berkenaan untuk mengemukakan pelan yang baru berkenaan dengan bahagian yang ditolak tadi.
3. Mengeluarkan permit sementara
a ) bangsal pertunjukan
b ) tempat sembahyang
c ) mendirikan peranca, pelantar kerja
d ) mendirikan papan dinding
4. Perakuan Kelayakan Menduduki
a ) jalan masuk
b ) tempat letak kereta
c ) parit dan saliran
d ) air dan elektrik
e ) lif bomba
f ) pili bomba
g ) sistem pembentungan
h ) pembuangan sampah
5. Perakuan Kelayakan Menduduki Sementara
· perakuan ini diberikan dengan syarat bahawa;
a ) semua perkhidmatan yang perlu telah disediakan atau disiapkan
b ) bangunan tersebut tidak akan mendatangkan kemudaratan dari segi kesihatan dan keselamatan.
6. Kuasa Melanjutkan Tempoh
JABATAN BOMBA
Jabatan Bomba adalah merupakan salah satu dari pihak-pihak berkuasa yang mempunyai kuasa di dalam menentukan bahagian atau kerja-kerja bangunan adalah mengikut piawaian. Di antara bidang tugas Jabatan Bomba adalah sepertimana berikut ;
1. Memberikan Kelulusan
· pemasangan dan perkakas tentang kebakaran hendaklah terlebih dahulu diuji dan kemudiannya diluluskan jika menepati syarat yang ditetapkan.
· pelan lukisan dan kiraan bagi pemasangan tetap hendaklah dikemukakan kepada pihak Jabatan Bomba sebelum kontraktor memulakan kerja.
· tiap-tiap pelan bagi pemasangan semburan automatik hendaklah dikemukakan sebagaimana Jadual Kesepuluh mengenai kehendak-kehendak sistem pemadaman api, penggera kebakaran dan pencahayaan kecemasan.
2. Perakuan Apabila Siap
3. Sistem Kuasa kecemasan
· sistem ini hendaklah merangkumi ;
a ) sistem kawalan asap
b ) pencahayaan
c ) sistem penggera kebakaran
d ) pam bomba
e ) sistem siaraya
f ) lif bomba