PIHAK PERUNDING

Didalam sesuatu projek pembangunan penglibatan pihak perunding adakah sangat penting untuk memastikan objektif pihak klien dapat dipenuhi sepenuhnya. Antara perunding yang biasanya terlibat didalam sesuatu projek pembinaan adalah seperti pihak Arkitek, Jurutera, Juruukur Bahan dan Juruukur Tanah. Pihak perunding ini secara amnya mempunyai hak yang sama tetapi mempunyai tanggungjawab yang berbeza. Antara hak pihak perunding terhadap majikan adalah seperti berikut:
HAK-HAK PERUNDING.
1. Mendapatkan bayaran yang daripada pihak majikan.
Oleh kerana pihak perunding ini adalah merupakan golongan profesional maka dengan ini majikan adalah perlu untuk membayar segala khidmat perunding dengan kadar yang telah ditetapkan. Bayaran yang ditetapkan oleh pihak perunding ini adalah berbeza-beza antara satu sama yang lain. Oleh itu pihak perunding dengan ini adalah berhak untuk membuta tuntutan kepada pihak majikan jika mereka gagal untuk membuat pembayaran.
2. Menjadi wakil kepada pihak majikan.
Selain itu juga pihak perunding juga adalah mempunyai hak untuk mewakili pihak majikan dalam membuat keputusan bagi pihak majikan. Dengan itu pihak kontraktor dalah dengan ini perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh pihak perunding ini.
3. Menasihati pihak majikan secara tenikal.
Pihak perunding juga dengan ini adalah berhak untuk memberikan nasihat sacara teknikal kepada pihak majikan. Ini adalah bertepatan dengan objektif perlantikan pihak perunding iaitu untuk menjayakan prsjek pembangunan ini dengan sebaiknya. Dengan memberikan khidmat nasihat kepada pihak majikan maka dengan ini pihak majikan akan dapat gambaran tentang projek yang akan dijalankan. Contohnya daripada melalui kajian kemungkkinan yanng telah dilakukan maka pihak Juruukur Bahan telah memmberikan nasihatnya bahawa projek itu sangat sesuai dengan lokasi yang dipilih keran sebab-sebab yang tertentu. Oleh itu pihak majikan akan dapat mengetahui sedikit sebanyak gambaran tentang projek yang bakan dibangunkan olehnya kelak.
TANGGUNGJAWAB PERUNDING.
Berikut adalah pula senarai pihak perunding yang biasanya terlibat didalam proses pembangunan serta tanggungjawabnya:
Arkitek
Arkitek adalah merupakan profesional yang banyak memainkan peranan terpenting didalam sesuatu projek pembinaan. Ini adalah disebabkan oleh peranannya iaitu menyediakan rekabentuk dengan memuaskan kehendak klien. Walaubagaimanapun, tanpa bantuan dari pihak-pihak seperti Jurutera adalah mustahil proses rekabentuk yang dilakukan oleh pihak Arkitek ini akan mencapai kejayaan. Oleh itu antara kepentingan dan tanggungjawab Arkitek didalam proses pembangunan sesuatu projek adalah seperti berikut:
1. Menyediakan rekabentuk.
Pihak Arkitek adalah merupakan prosesional yang bertanggungjawab untuk merekabentuk bangunan secara keseluruhan dengan dibantu dengan pihak Jurutera. Diperingkat ini pihak Arkitek akan menyediakan rekabentuk awalan, rekabentuk sekim dan rekabentuk terperinci. Disperingkat ini pihak Arkitek adalah dengan ini bertanggungjawab untuk merekabentuk bangunan dengan mengikut kehendak atau memuaskan hati majikan.
2. Pentadbir kontrak
Didalam kebanyakan projek-projek swasta yang menggunakan Borang Kontrak Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) 69 Arkitek adalah merupakan ejen kepada pihak majikan atau pentadbir kontrak didalam sesebuah projek. Dengan itu Arkitek adalah bertanggungjawab didalam mengawasi perjalanan projek supaya berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan yang boleh menyebabkan kelewatan didalam proses penyiapannya. Pihak Arkitek juga adalah bertanggungjawab untuk membuat apa-apa arahan yang perlu untuk memastikan perjalan projek adalah teratur.
3. .Mengeluarkan arahan.
Oleh kerana Arkitek berperanan sebagai Pentadbir Kontrak bagi projek maka maka pihak arkitek adalah berhak untuk mengeluarkan apa arahan yang berkaitan dengan bidang kuasanya didalam kontak. Ini adalah seperti yang dinyatakan oleh di dalam fasal 2 (2) PAM 69. Oleh itu pihak Kontraktor juga mempunyai hak untuk mempertikaikan arahan yang dikeluarkan oleh pihak Arkitek jika didapati bahawa arahan yang dikeluarkan itu adalah bukan didalam bidang kuasa Arkitek seperti yang dinyatakan didalam fasal 2(2) PAM 69.
Namun begitu arahan yang diberikan oleh Arkitek ini mestilah dikeluarkan secara bertulis kepada pihak kontraktor. Selain itu juga arahan yang dikeluarkan itu juga mestilah dinyatakan dengan jelas. Merujuk kepada kes Holland Hannen & Cubbit (Northen) Ltd. Vs Welsh Health Technical Services Organitation (1981) 18 BLR 80. Didalam kes ini pihak Arkitek telah membuat komen tentang mutu kerja.tingkap yang telah dipasang oleh pihak sub-kontraktor. Mahkamah memutuskan bahawa tiada arahanyang dikeluarkan oleh pihak Arkitek kepada pihak kontraktor kerana pihak Arkitek hanya membuat komen tentang mutu kerja pihak sub-kontraktor tanpa menyatakan arahannya untuk mengalihkan kerja terbabit dan menggantinya dengan bahan yang lain.
4. Menyerahkan segala lukisan dan pelan.
Didalam proses pembinaan lukisan dan pelan pembinaan adalah merupakan perkara yang penting untuk tujuan kerja-kerja untuk melakukan kerja-kerja pembinaan. Oleh itu pihak Arkitek juga perlulah mengeluarkan lukisan atau pelan pembinaan kepada pihak kontaktor bagi tujuan pembinaan. Ini adalah penting bagi memastikan bahawa projek dapat berjalan dengan lancar. Jika pihak Arkitek gagal memberikan segala pelan ini dalam jangka \masa yang ditetapkan maka ini berkemungkinan akan menyebabkan kelewatan kerja kerana pihak kontraktor tidak dapat memulakan kerja kerana kelewatan menerima lukisan dan pelan pembinaan.
5. Memastikan ketepatan kerja pemancangan.
Pihak kontraktor perlu membuat kerja-kerja pemancangan tanda dengan pelan dan lukisan yang lengkap yang diserahkan oleh pihak Arkitek. Selain itu juga pihak kontraktor juga perlulah menyatakan kepada kontraktor tentang aras tanah yang dikendaki. Dengan itu adalah menjadi tanggung jawab Arkitek untuk memastikan kerja-kerja pemancangan yang telah dilakukan oleh pihak kontrantor adalah dilakukan dengan tepat. Ketepatan yang dimaskudkan ialah bangunan yang dibina itu adalah seperti yang dinyatakan ddidalam lukisan atau pelan yang diberikan seperti yang dinyatakan didalam fasal 5 PAM 69.
6. Bahan dan mutu kerja.
Adalah menjadi tanggungjawab Arkitek untuk memastikan segala bahan-bahan binaan dan mutu kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor adalah mengikut apa yang telah dikemukakan oleh kontrak. Oleh itu jika pihak kontraktor gagal untuk menepati kehendak-kehendak seperti yang dinyatakan didalam kontrak maka pihak Arkitek adalah mempunyai hak untuk mengeluarkan arahan untuk ujian seperti ujian tertutup keatas kerja yang telah dilakkukan seperti mana yang dinyatakan didalam fasal 6(3) PAM 69. Ujian tertutup adalah merupakan ujian yang dilakukan keatas kerjayang telah dilakukan oleh pihak kontraktor dimana ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Contohnya adalah pihak Arkitek mengesyaki bahawa pihak kontraktor telah menggunakan besi tetulang dengan saiz yang lebih kecil, oleh itu pihak Arkitek boleh membuat ujian tertutup dengan memecahkan bahagian tersebut untuk memeriksa saiz besi tersebut.
Pihak Arkitek dengan ini juga mempunyai kuasa untuk mengelluarkan arahan untuk mengalihkan bahan-bahan dan mutu kerja yang telah didapati tidak mengikut piawaian yang telah dinyatakan oleh kontrak. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam fasal 6(4) PAM 69.
7. Pemecatan pekerja.
Pihak Arkitek juga berhak memecat pekerja yang diambil bekerja.oleh pihak kontraktor di tapak bina. Sebagai buruh yang diambil bekerja oleh pihak kontraktor telah melakukan kesalahan jenayah dadah disekitr tapak bina. Oleh itu pihak Arkitek dengan ini boleh memecat pekerja tersebut dengan berpandukan kepada fasal 6 (5) PAM 69. Kemudiannya adalah menjadi tanggungjawab pihak kontraktor untuk menggantikan pekerja itu dengan kadar yang segera tanpa menjejaskan program kerjanya.
8. Perubahan kerja(vo).
Kebiasaannya didalam sesuatu projek, kebiasaannya terdapat perubahan kerja samaada diminta oleh pihak klien ataupun oleh pihak kontraktor atas alasan masing-masing. Contoh perubahan kerja didalam projek pembinaan ini adalah seperti piahk majikan ingin mengubah jenis kemasan lantai daripada jenis terazzo kepada jenis mamar. Diperingkat ini juga Arkitek dan Juruukur Bahan akan menasihati pihak majikan tentang kesan kerja perubahan yang akan dibuat oleh pihak majikan terhadap jadual kerja ditapak bina dan dari segi kos samaada meningkat ataupun berkurangan.
Dengan itu pihak Arkitek perlulah mengeluarkan arahan berhubung dengan perubahan kerja yang akan dilakukan kepada pihak kontraktor seperti yang dinyatakan dalam fasal 1 (1) PAM 69. Oleh yang demikian pihak Arkitek juga perlulah menyediakan lukisan atau pelan yang bersangkutan dengan kerja-kerja perubahan yang akan dibuat. Pihak kontrak tor pula perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak Arkitek ini.
9. Mengendalikan mesyuarat tapak bulanan.
Untuk mengetahui perkembangan terkini tentang prestasi kerja kontraktor, Arkitek akan mempengerusikan mesyuarat tapak bulanan yang akan dihadiri oleh perunding-perunding, kontraktor utama, sub-kontraktor. Antara perkara yang akan dibincang semasa mesyuarat tersebut adalah seperti jumlah peratusan kerja yang telah dilakukan pada bulan tersebut, jumlah bayaran yang diterima oleh pihak kontraktor bagi bulan tersebut.
10. Sijil perakuan siap kerja praktikal.
Apabila pada pendapat Arkitek kerja-kerja yang dilakukan oleh telah dianggap siap, maka pihak Arkitek bertanggungjawab dalam mengeluarkan mengeluarkan sijil perakuan siap kerja praktikal seperti yang dinyatakan didalam fasal 15 (1) PAM 69. Setelah sijil ini dikeluarkan kepada kontraktor maka tempoh liabiliti kecacatan kerja pun bermula selama 18 bulan dimana jika berlaku kerosakan terhadap kerja-kerja yang telah dilakukan oleh pihak kontraktor itu maka pihak kontraktor perlu memperbaiki segala kerosakan yang berlaku. Oleh itu setelah tamat tempoh liabiliti kecacatan kerja ini pihak Arkitek pula akan bertanggungjawab untuk mengeluarkan Jadual kecacatan kerja kepada pihak kontraktor supaya pihak kontraktor dapat memperbaiki segala kecacatan atau kerosakan yang telah disenaraikan oleh piahk Arkitek.
11. Insurans
Sebelum memulakan kerja, selalunya pihak kontraktor akan mengambil insuran untuk melindungi pihaknya serta pihak kerajaan. Oleh yang demikian adalah tanggungjawab Arkitek untukmemastikan bahawa pihak kontraktor telah mengambil semua insuran-insuran sebelum memulakan kerja ditapak bina. Antara nya ialah insuran kerja dan insuran liabiliti awam. ini adalah bertujuan untuk melindungi pihak kerajaan dan koatraktor apabila berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini. Selain itu juga pihak Arkitek juga perlulah memastikan bahawa jangka masa segala polisi insurans yang diambil oleh pihak kontraktor itu meliputi tempoh masa pembinaan atau yang dikehendaki oleh kontrak. Jika tempoh insuran itu telah luput tarikhnya maka pihak Arkitek juga dengan ini perlulah memastikan pihak kontraktor memperbaharui polisi insuran tersebut.
Jurutera.
Secara amnya didalam sesuatu projek pembangunan jurutera juga mempunyai peranan yang tersendiri didalam menjayakan sesuatu projek pembinaan tersebut. Antara Jurutera yang terlibat ialah:
| Jurutera Awam. |
| Jurutera Mekanikal. |
| Jurutera Elektrik. |
Jurutera Awam.
Jurutera Awam juga adalah merupakan profesional yang tidak kurang pentingnya dengan kemahiran yang dimilikinya. Oleh itu, kepakarannya didalam bidangnya mestilah diambil kira untuk menjayakan projek pembinaan. Jurutera Awam ini juga boleh dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu:
| Jurutera Awam (struktur) |
| Jurutera Awam (Bekalan Air) |
| Jurutera Awam (Jalan) |
Oleh kerana kepakaran mereka adalah berbeza antara satu sama lain namun ianya adalah berhubung kait dengan kerja-kerja yang akan dilakukan didalam sesuatu projek pembinaan. Antara tugas-tugas dan kepentingan Jurutera Awam ini adalah seperti berikut:
1. Membuat penyiasatan tapak.
| Pemasangan sistem pendingin hawa. |
| Pemasangan alat pencegah kebakaran. |
| Pemasangan lift. |
| Pemasangan eskelator. |
| Sistem pengudaraan bangunan. |
Oleh itu tanggungjawab Jurutera Mekanikal didalam proses pembangunan projek adalah seperti berikut:
1. Menyediakan rekabentuk.
1. Menyediakan rekabentuk.
2. Menyediakan senarai kuantiti.
Juruukur Bahan.
Didalam memastikan kos projek tidak melebihi budget yang ditetapkan oleh pihak majikan, Juruukur Bahan adalah merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan hal ini. Pihak Juruukur Bahan akan terlibat dari awal hinggalah keperingkat akaun muktamad. Oleh itu maklumat dan objektif yang tepat tentang projek adalah penting untuk memastukan kos yang dianggarkan oleh pihak Juruukur Bahan ini adalah didalam lingkungan budget yang ditetapkan oleh pihak majikan. Tanpa objektif dan maklumat yang tepat maka anggaran kos yang akan dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan ini mungkin tidak setepat yang dikehendaki. Oleh itu hak dan tanggungjawab pihak Juruukur Bahan didalam sesuatu proses pembangunan projek adalah seperti berikut:
1. Menyediakan kajian kemungkinan.
Untuk menentukan bahawa projek yang dirancangkan adalah sesuai dengan lokasinya maka dengan ini pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menyediakan satu kajian kemingkinan untuk projek yag terbabit. Dengan adanya kajian kemungkinan ini juga pihak majikan akan mengetahui kadar keuntungan yang akan diterima olehnya hasil daripada projek yang terbabit. Contonhnya kajjian kemungkinan ini diadakan untuk mengkaji kesesuaian untuk membina sebuah kompleks membeli belah di Skudai. Maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan kajian kemungkinan ini dan keputusan mengenai kajian kemungkinan ini akan dipersembahkan kepada pihak majikan.
2. Menyediakan dokumen tender.
Untuk memilih kontrakktor yang benar berkelayakan untuk sesuatu projek maka tender akan dibuka kepada kontraktor yang berminat. Antara aktiviti yang akan dilakukan diperingkat ini adalah seperti menyediakan senarai kuanntiti dimana ketepatan dalam melakukan senarai kuantiti ini adalah penting bagi mengelakkan timbulnya masalah apa bila proses pembinaan bermula kelak. Diperingkat ini juga pihak Juruukur Bahan bertanggungjawab untuk menjualkan dokumen kontrak serta menyatakan tarikh tutup bagi tender yang berkenaan.
Pihak Juruukur Bahan juga hendaklah mengeluarkan tender ini dalam jangkawaktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan. Selain itu juga pihak Juruukur Bahan hendaklah memastikan bahawa dokumen tender yang dikeluarkan itu adalah dilengkapi dengan segala dokumen dan borang-borang yang berkaitan.
3. Analisis tender.
Setelah tender ditutup, piahk Juruukur Bahan akan membuat satu analisis tender bagi projek terbabit. Tujuan analisis tender ini dilakkukan adalah untuk memilih satu kontraktor yang benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja. Berkelayakan disini bermaksud mempunyai sumber kewanag mencukupi, mempunyai prestasi yang baik dan tidak mempunyai beban kerja yang banyak.
Setelah selesai proses analisis tender, maka Juruukur Bahan dan Arkitek akan mengesyorkan kepada majikkan kontraktor yang diaggap benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja tersebut. Namun begitu kuasa untuk memilih kontraktor adalah ditangan pihak majikan. Diperingkat ini Juruukur Bahan dan Arkitek hanya bberhak untuk mengesyorkkan kepada majikan.
4. Menyediakan dokumen kontrak.
Setelah majikan membuat keputusan tentang kontraktor yang berjaya didalam tender tersebut maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak sebelum kontraktor memulakan kerjanya. Doke\umen kontrak ini adalah perjanjian antara majikan dan kontraktor. Diperingkat ini pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak yanng lengkap dengan segala dokumen, borang kontrak spesifikasi dan lain-lain lagi.
5. Memeriksa insurans.
Sebelum memulakan kerja piihak konttraktor hendaklah mengambil insuran yang berkaitan seperti yang dinyatakan didalam fasal 19 dan 20 PAM 69. Oleh itu Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa segala insuuran yang taelah diambil oleh pihak kontraktor tersebut adalah sah. Dengan itu pihak Juruukur Bahan akan menghubungi pihak syarikat insuran terbabit bagi memastikan ianya bukan merupakan polisi yang palsu.
Selain itu juga Juruukur Bahan perlulah memastikan polisi insuran yang diambil oleh piahk kontraktor adalah dari syarikat yang diibenarkan oleh pihak Arkitek. Pihak Juruukur Bahan juja perlulah memastikan polisi insuran tersebut adalah meliputi jangkawaktu yang telah ditetapkan. Juruukur Bahan perlulah memastikan nama didalam polisi insuran tersebut adalah betul. Jika berlaku kesilapan maka pihak kontraktor semestinya tidak akan menerima pampasan dari pihak insuran jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
Ini adalah berdasarkan kepada kes Macaura Vs Northen Insurance co [1925AC619 dimana pihak plantif mempunyai syarikat pembalakan dan mengambil insuran atas namanya dan bukan atas nama syarikat. Apabila berlaku kebakaran keatas syarikatnya maka pihak plaintif telah membuat tuntutan kepada pihak insuran. Didalam kes ini pihak mahkamah telah menetapkan bahawa plantif tidak dapat untuk membuat tuntutan kerana insuran yang diambil itu adalah atas namanya dan bukan atas nama syarikatnya kerana ianya tiada kepentingan kepada syarikatnya.
6. Penilaian kerja.
Antara tanggungjawab Juruukur Bahan adalah untuk membuat penilaian kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor. Tujuan penilaian kerja ini diadakan ialah untuk memberikan bayaran kepada kontraktor terhadap kerja-kerja yang dilakukan. Namun begitu kerja-kerja penilaian kerja ini hendaklah dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan dan disertai oleh pihak wakil kontraktor.
Selain daripada itu, ianya juga akan dapat memberikan gambaran tentang kemajuan kerja yang telah dilakukan oleh pihak kontraktor pada bulan yang terbabit. Juruukur Bahan juga adalah dengan ini bertanggung jawab untuk mengeluarkan Perakuan Interim dalam jangka waktu 14 hari selepas penilaian kerja dilakukan. Ini seperti yang dinyatakan didalam fasal 30 PAM 69.
7. Mengira perubahan kerja.
Jika terdapat perubahan kerja semasa proses pembinaan maka pihak Juruukur Bahan adalah bertanghgungjawab untuk menilai semula kerja-kerja yang terbabit. Dengan mengira perubahan kerja terbabit pihak Juruukur Bahan akan dapat mengetahui kos sebenar kerja-kerja terbabit sama ada ianya bertambah ataupun berkurangan daripada kos yang asal. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam fasal 11 PAM 69.
8. Mempertimbangkan tuntutan kontraktor.
Jika pihak kontraktor membuat tuntutan kepada pihak Juruukur Bahan akibat daripada pematuhannya kepada arahan Arkitek seperti yang dinyatakan dalam fasal 24 PAM 69, maka adalah menjadi tanggungjawab Juruukur Bahan untuk memastikan bahawa tuntutan itu adalah benar. Selain itu juga ianya dapat memastikan bahawa kos yang ditanggung oleh pihak kontraktor tersebut akibat daripada arahan tersebut adalah benar-benar merugikannya disini pihak kontraktor adalah berhak untuk menerima segala dokumen dan resit-resit pembayaran yang menunjukkan bahawa pihak kontraktor adalah menanggung rugi akibat daripada pematuhan arahan Arkitek.
9. Lanjutan masa.
Di samping itu juga pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menganalisa segala alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor untuk meminta lanjutan masa seperti mana yang dinyatakan didalam fasal 23 PAM 69. Jika didapati alasan yang diberikan oleh pihak kntraktor iitu adalah munasabah maka pihak akan Juruukur Bahan memberikan persetujuannya kepada pihak Arkitek untuk mengeluarkan arahan bagi meluluskan permintaan kontraktor untuk lanjutan masa tersebut.
10. Akaun muktamad.
Setelah pihak kontraktor mendapat sijil perakuan siap kerja (iaitu selepas kontraktor membaiki segala kecacatan yang ada), maka pihak Juruukur Bahan adalah dengan ini bertanggungjawab untuk membuat akaun muktamad. Akaun muktamad ini adalah bertujuan untuk mengetahui jumlah sebenar wang yang digunakan didalam projek itu samada ianya mengikut peruntukan (budget) yang telah ditetapkan oleh pihak kontraktor ataupun melebihi peruntukan tersebut.
Juruukur Tanah.
Kebiasaannya peranan Juruukur Tanah didalam sesuatu projek pembangunan ini hanyalah pada awalan projek sahaja. Walaubagaimana pun peranan Juruukur Tanah ini juga tidak kurang pentingnya dengan perunding yang lain. Antara tanggungjawab pihak Juruukur Tanah adalah seperti berikut:
1. Membuat penandaan sempadan.
Adalah menjadi tugas Juruukur Tanah untuk membuat penandaan sempadan, mengukur aras tanah ditapak dan membuat kerja "setting out" untuk menentukan kedudukan bangunan ditapak. Ini adalah penting bagi menentukan bahawa sempadan yang dibuat dan bangunan yang akan dibina adalah didalam kawasan pihak majikan.
Jika pihak Juruukur gagal untuk membuat demikian maka ianya akan menimbulkan masalah kepada majikan dan juga kontraktor apabila projek sedang berlangsung kelak.
2. Menyediakan lukisan yang berkaitan.
Di samping itu juga pihak Juruukur Tanah juga perlulah menyediakan lukisan dan pelan yang berkaitan untuk kerja-kerja pemancangan yang akan dilakukan oleh pihak kontraktor. Selain itu juga pihak Juruukur Tanah juga perlulah menghantar pelan dan lukisan yang terbabit kepada Juruukur Bahan untuk menetukan kos anggaran yang akan digunakan bagi kerja-kerja tanah yang akan dilakukan.